Keluarga Jalibah berasal dari malim nawar. Jalibah adalah seorang perempuan yang telah hidup sebagai lambang keluarga. Ia mempunyai 11 orang anak 6 lelaki dan 5 perempuan.
Keluarga ini tinggal di Kampong Bata Malim Nawar Perak. Pada hari ini kampong ini telah ditinggalkan dan tiada ramai penduduk yang ada sana kecuali saya yang datang sekali sekala.
Apabila anda datang dari pekan Malim Nawar dan masuk ke simpang mesjid Malim Nawar sila jalan terus hingga ke dua simpang. Simpang kekanan ke Kg Malim Nawar dan simpang ke kiri ke Kg Bata. Di tengah tengah simpang ini anda lihat kedepan di sini lah terdirinya rumah Jalibah. Terdapat beberapa buah rumah semasa dahulu ia itu 3 buah rumah anak perempuannya Rokian,Mee dan dan Yong rumah emak Harun.
Nun di belakang rumah Jalibah merentasi paya sejauh 300 meter terdapat sebuah rumah anak lelakinya aziz atau etin. Kerana itu lah anak etin ia itu saya ketika ini sudah berumur ? tahun sering ke Kg Bata. Dia membersih kan semak semak di samping itu sambil mengenang kembali nostalgia ketika dia kanak kanak dahulu. Walau pon dia tahu tah berapa lamakan dia boleh berbuat begitu.