Search blog.co.uk

Posts archive for: May, 2007
  • Kenangan abadi

    KENANGAN ABADI

    Ketika ini boleh dikatakan jenerasi emak saudara dan ayah saudara kesemuanya sudah tiada lagi. Tiba masanya mereka telah menumui Allah, iaitu tempat semuanya kita manusia akan pergi.Tinggallah kami untuk meneruskan kehidupan ini, sebaik yang mungkin. Kg Bata kampong yang saya ceritakan tadi sebenarnya sudah ketandusan penduduk.

    Kepada mereka di luar sana Untuk mencari tempat yang saya sebutkan ini, carilah negeri Perak. Negeri di di barat Malaysia hampir ke utara. Ipoh adalah ibu negeri Perak. Dari Ipoh 36 kilometer keselatan terdapat simpang ke Malim Nawar. Di Malim Nawar masuk ke Mesjid(jalan) jalan terus dan masuk kesimpang kiri. Kg Bata adalah jalan mati. Di sinilah Jalibah tinggal hingga ke akhir hayat. Anak cucunya semua sudah keluar dengan kehidupan masing masing. Ramai yang sudah berjaya tinggal di rumah yang selesa. Contohnya Lan anak Pak Doi, tinggal dirumah 2 tingkat yang serba mewah.

    Hanya saya sering ke Kg Bata mengingati dan menghayati kisah silam. Mungkin ada tak tahu tetapi Kg Bata amat nyaman, segar dan selesa bila berada di sana. Tambahan saya cucu Jalibah smemangnya kenangan amat mengusik jiwa di Kg Bata.

    Saya berkeyakinan satu hari cucu Jalibah akan kembali ditempat ini mendiri kan rumah masing masing, hidup gembira seperti Jalibah dulu, juga seperti anaknya Wang Nyah, Wan Mi, Yong dan etin (nama apa ni). Pusingan kehidupan sememangnya begitu.

    Rumpun kami di Masjid Tanah Melaka tidak mengetahui ini tetapi tetapi ketahuilah kami di Kg Bata adalah rumpun kamu juga. Mungkin orang tua anda tahu tok kami Endin di Perak dulu yang meninggal pada 1911. Rumpun kami akan berjumpa juga kamu serumpun yang dulu menetap di Masjid Tanah. Orang masjid kamu ye.

  • title-2267070

    KG BATA MALIM NAWAR

    Saya nak terangkan sedikit tentang asal usul Jalibah. Asalnya Jalibah dalah dari keturunan Ibrahim. Antara keturunan Ibrahim adalah Alang Hasan (ayah Jalibah) yang berkahwin dengan Andak (Ibu Jalibah). Alang Hasan mempunyai beberapa orang anak ia itu Teh Sofiah, Ngah Ismail, Alang Mohd Abbas, Hj Abdul Manas, Hajah Jalibah dan Alang Mitap.

    Itu lah Jalibah yang saya terangkan sebelum ini yang duduk di Kg Bata. Dia berkahwin dengan Abu Talib tok saya dan mempunyai 11 orang anak ia itu Salamiah, Rokiah,Aminah@Mi , Abd Aziz (etin) apa ha nye nama ini, Hajah Som,Hj Abd Rahman, Puteh, Hj Arshad, Hajah Atikah, Othman.

    Manakala Abu Talib pula mempunyai heraki yang agak meluas yang akan saya terangkan di sini, Ngah Abu Talib, nama sebenarnya, berasal dari Sayed Abd Aziz zaman kesultanan Melayu Melaka hinggalah sampai ke 3 orang keturunannya ia itu Syed Arshad, Syed Salam dan Syed Endin. Syed Enden telah pergi ke Teja Changkat Tualang di Kota Baru Perak dan meninggal pada tahun 1915 :>>

    Semasa mudanya Syed Endin berkahwin dengan Alang Kenek dan mempunyai beberapa orang anak termasuklah Haji Daud. Haji Daud telah berkahwin dengan Aishah, mempunyai beberapa orang anak antaranya ialah Ngah Abu Talib. Ngah Abu Taliblah lah datuk kami yang berkahwin dengan Jalibah. :wave:

  • title-2250910

    Keluarga Jalibah berasal dari malim nawar.  Jalibah adalah seorang perempuan yang telah hidup sebagai lambang keluarga. Ia mempunyai 11 orang anak  6 lelaki dan 5 perempuan.
    Keluarga  ini tinggal di Kampong Bata Malim Nawar Perak. Pada hari ini kampong ini telah ditinggalkan dan tiada ramai penduduk yang ada sana kecuali saya yang datang sekali sekala.

    Apabila anda datang dari pekan Malim Nawar dan masuk ke simpang mesjid Malim Nawar sila jalan terus hingga ke dua simpang. Simpang kekanan ke Kg Malim Nawar dan simpang ke kiri ke Kg Bata. Di tengah tengah simpang ini anda lihat kedepan di sini lah terdirinya rumah Jalibah. Terdapat beberapa buah rumah semasa dahulu ia itu 3 buah rumah anak perempuannya Rokian,Mee dan dan Yong rumah emak Harun.

    Nun di belakang rumah Jalibah merentasi paya sejauh 300 meter terdapat sebuah rumah anak lelakinya aziz atau etin. Kerana itu lah anak etin ia itu saya ketika ini sudah berumur ? tahun sering ke Kg Bata. Dia membersih kan semak semak di samping itu sambil mengenang kembali nostalgia ketika dia kanak kanak dahulu. Walau pon dia tahu tah berapa lamakan dia boleh berbuat begitu.

Recent posts

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.